29.10.08

Pengalamanku..

Pertamanya sekali saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana telah diberi kesempatan dan kekuatan untuk menyelesaikan satu tugasan yang telah diamanahkan oleh pensyarah saya.

Apa yang ingin saya ketengahkan ialah pengalaman saya bersama rakan-rakan kumpulan saya dalam menyelesaikan pendapat umum (survey) di kawasan yang telah ditugaskan oleh kami terutamanya di Jalan Tun Abd. Rahman amat susah untuk mendapatkan kerjasama orang ramai untuk mengisi borang survey yang kami bawa.

Rata-rata semuanya sibuk berkerja iaini melayan pelanggan. Tempat tumpuan kami ialah di KLCC yang mana dikawasan itu amat mudah untuk mendapatkan kerjasama dari orang ramai. Selain itu, kerja kami menjadi mudah kerana keadaan sosial di KLCC terutamanya di kawasan riadah adalah seimbang kerana mudah kedapatan kaum Cina, India, Melayu dan Bangsa asing untuk ditemuramah.

Tidak ada komentar: