29.10.08

Pengalamanku..

Pertamanya sekali saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana telah diberi kesempatan dan kekuatan untuk menyelesaikan satu tugasan yang telah diamanahkan oleh pensyarah saya.

Apa yang ingin saya ketengahkan ialah pengalaman saya bersama rakan-rakan kumpulan saya dalam menyelesaikan pendapat umum (survey) di kawasan yang telah ditugaskan oleh kami terutamanya di Jalan Tun Abd. Rahman amat susah untuk mendapatkan kerjasama orang ramai untuk mengisi borang survey yang kami bawa.

Rata-rata semuanya sibuk berkerja iaini melayan pelanggan. Tempat tumpuan kami ialah di KLCC yang mana dikawasan itu amat mudah untuk mendapatkan kerjasama dari orang ramai. Selain itu, kerja kami menjadi mudah kerana keadaan sosial di KLCC terutamanya di kawasan riadah adalah seimbang kerana mudah kedapatan kaum Cina, India, Melayu dan Bangsa asing untuk ditemuramah.

Pengalaman kerja lapangan

Kerja lapangan yang dilakukan sabtu yang lalu agak memenatkan.Kami terpaksa menukar train dari satu tempat ke tempat yang lain.Kebanyakkan orang ramai tidak mahu bekerjasama dengan kami dan menganggap kami direct selling.Oleh itu,agak susah kami mahu mencari responden yang memberi kerjasama.Namun begitu,pengalaman ini memberi kami pengajaran bahawa sesuatu yang kita ingin dapatkan tidaklah terlalu mudah untuk diperolehi..
gambar ini menunjukkan jejantas yang kotor akibat sampah yang bertaburan.kawasan di jejantas ini sepatutnya memerlukan tong sampah untuk mengelakkan orang ramai membuang sampah merata-rata.Kawasan ini merupakan tumpuan pelancong asing, oleh hal yang demikian perkara ini akan mendatangkan satu persepsi yang tidak baik kepada negara kita..

19.10.08




antara responden yang memberi kerjasama...

keje lapangan 2...


kami telah selesai menjalankan kerja lapangan yang di beri..agak susah membuat soal selidik ini kerana kebanyakan orang tidak mahu bekerjasama..atas pemerhatian yang telah kami buat , kebanyakkan responden memberi pandangan yang positif terhadap keefisyenan bandar ini.Mereka merasakan kemudahan yang disediakan di bandar agak mencukupkan..

di sini antara gambar kami di kawasan kajian kami..

17.10.08

kerja lapangan..

hari sabtu ini,kami bertiga akan pergi ke kawasan kerja lapangan ini iaitu di bandar Kuala Lumpur.Kami di beri 3 kawasan utama untuk membuat survey iaitu di Bukit Bintang, Jalan Tuanku Abdul Rahmandan KLCC.Kami diberi 45 soal selidik dan di beri pecahan kepada kaum yag berada di City Centre itu..

pecahan kaumnya seperti berikut:

Bumiputra = 541,082
Cina = 612,277
India = 142,390
Lain-lain = 14,239

Bukan Bumiputra = 113,912
---------
Jumlah = 1,423,900 orang