19.11.08

PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN












Analisis didapati pengangkutan dan perhubungan agak efisien di bandar KL.Hal ini kerana,terdapat kemudahan seperti LRT,komuter dan sebagainya untuk pengangkutan awam untuk mengelak kesesakan jalan raya.Namun begitu, dr ape yg diperolehi dr responden,mereka mengatakan terdapat juga masalah kerana kemudahan itu tidak mengikut waktu yang sepatutnya.

REKA BENTUK,IMEJ DAN LANSKAP BANDAR

REKA BENTUK ,IMEJ DAN LANSKAP BANDAR

bandaraya KL memang merupakan bandar yang cantik dan indah.Namun begitu, terdapat juga kekurangan di bandar tersebut.tetapi,ranking bagi keefisienan rekabentuk, imej dan lanskap bandar tersebut juga menjadi yang tertinggi contohnya imej bandar itu sendiri.Selain itu,sesetengah pendapat masih ada lagi yang kurang efisien bandar itu.Contohnya pada ruang bandar,nodus,tmn dan plaza.Namun begitu,keefisienan tetap yang tertinggi.










INFRASTUKTUR DAN UTILITI

INFRASTRUKTUR DAN UTILITI









infrastruktur dan utiliti yang baik amatla diperlukan di sesebuah bandar.Hasil dari pendapat org ramai atau responden yang telah bekerjasama ini menunjukkan bahawa di bandar Kuala Lumpur agak efisien.Contohnya kemudahan telekomunikasi dan ICT kebanyakkan responden memberitahu utiliti di KL ini agak mencukupi namun ada juga yang perlu dipertingkatkan

KEMUDAHAN MASYARAKAT,UTILITI DAN SOSIAL

KEMUDAHAN DAN UTILITI

bagi kemudahan dan utiliti juga,ramai responden menganggap bandaraya Kuala Lumpur agak efisien.Disini saya menyertakan graf hasil analisis kami sebagai contoh.











BAHAGIAN B : TAHAP KEEFISIENAN BANDAR

BAHAGIAN B : TAHAP KEEFISIENAN BANDAR

1. EKONOMI BANDAR




ulasan secara keseluruhan ekonomi bandar Kuala lumpur hasil dari survei ini ialah menunjukkan mereka mengatakan efisien bagi ekonomi bandar ini.Seperti didlam graf,contohnya perkilangan menunjukkan responden mengatakan efisien dan bagi kuarang efisien,peratus nya agak rendah bagi kesemua bahagian ekonomi bandar.

bahagian A (ii)

LATAR BELAKANG PEKERJAAN DAN PENDAPATAN



Responden kami banyak terdiri daripada pelajar.Oleh itu,kurang maklumat mengenai jenis pekerjaan,organisasi pekerjaan,tempat kerja dan sebagainya.Oleh y=hal yang demikian juga,maklumat pasangan juga kami tidak peroleh kerana ramai yang masih belum berkahwin.Rata-rata mereka bekerja dan belajar di area kuala lumpur itu sendiri.






secara umum mengenai demografi responden kami

BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG RESPONDEN

Ini adalah jantina responden kami yang memberi kerjasama kepada kami untuk melakukan soal selidik.Walaupun agak susah untuk mendapatkan responden,kami mengucapakan terima kasih kepada yang memberi kerjasama.Dilihat,responden kami lebih kepada lelaki.Hal ini kerana,lelaki lebih senang memberi kerjasama kepada kami dan golongan wanita lebih menganggap kami seperti direct selling..

dari segi umur responden kami menunjukkan dikalangan awal 20 an lebih ramai.Ini mungkin kerana,kami lebih senang berinteraksi dengan umur yang lebih kuarang sebaya.Kami hanya memilih responden yang berumur 18 tahun keatas untuk megisi survei yang dilakukan.

Bangsa yang paling ramai di jadikan responden merupakan bangsa melayu kerana mungkin lebih senang berkomunikasi.Kami juga ada memilih bukan warganegara untuk dijadikan responden.Nasib agak baik kerana mereka memberi kerjasama kepada kami dan membantu kami menyudahkan soal selidik ini.

dari analisis thp pendidikan mereka,didapati SPM dan Ijazah pertama mempunyai bilangan responden teramai dan tiada yang tidak bersekolah

analisis survei yang dilakukan

Alhamdulillah, kami telah mneyiapkan kerja memasukkan data ke dalam SPSS.
Disini saya ingin memberi ulasan serba sedikit berkenaan hasil analisis data yang telah dbuat.Terdapat beberapa bahagian didalam borang soal selidik itu antaranya ialah

BAHAGIAN A:
  • DEMOGRAFI RESPONDEN
  • LATAR BELAKANG PEKERJAAN DAN PENDAPATAN
BAHAGIAN B:TAHAP KEEFEFISENAN BANDAR
  • EKONOMI BANDAR
  • KEMUDAHAN MASYARAKAT,UTILITI DAN SOSIAL
  • INFRASRUKTUR DAN UTILITI
  • REKABENTUK, IMEJ DAN LANSKAP BANDAR
  • PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
  • PERDAGANGAN/PERKHIDMATAN
  • PERKILANGAN & PERINDUSTRIAN
  • PELANCONGAN DAN BUDAYA
  • PERUMAHAN
  • KESELAMATAN DAN KAWALAN
  • GOVERNANS
  • ALAM SEKITAR
  • PERKHIDMATAN SECARA ONLINE/E-GOVERNANS

18.11.08

Kepenatan

salam...
kami baru selesai memasukkan data didalam SPSS.Agak kepenatan jugak kami kerana seharian terpaksa menghadap laptop.Mungkin kerana sibuk dengan exam,baru hari ini kami dapat berjumpa dan menyiapkannya.kami akan segera meng upload data soal selidik yang telah kami buat..insyaAllah..

15.11.08

Kementerian Kerjaraya arah LLM atasi isu penduduk dalam dua bulan


KUALA LUMPUR: Kementerian Kerjaraya berjaya memberi jalan penyelesaian kepada tiga masalah yang dibangkitkan penduduk sekitar Hulu Klang yang menetap berhampiran pembinaan Persimpangan Bertingkat Hill View, Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke) dekat sini.

Menterinya, Datuk Mohd Zin Mohamed, berkata beliau sudah mengarahkan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) menyelesaikan segera masalah itu dalam tempoh dua bulan sebelum lebuh raya itu dibuka kepada laluan kenderaan pada 1 Januari depan.


Beliau berkata, LLM akan membina sebuah pusingan U, khusus untuk laluan kereta saja bagi memudahkan mereka memasuki Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dan Duke.


“Pembinaan pusingan U adalah untuk melicinkan pergerakan kenderaan di kawasan berkenaan memandangkan pada waktu puncak, hampir 120,000 kenderaan menggunakan MRR2.

“Saya hadir hari ini (semalam) untuk memberi penjelasan kepada penduduk yang risau berhubung penyuraian trafik di kawasan ini kerana ia berhampiran kawasan perumahan,” katanya ketika ditemui selepas melawat susur keluar itu semalam.

Turut hadir Ketua Pengarah LLM, Mohammad Razali Othman; Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin.

Sementara itu, laman web LLM menyatakan pembinaan Duke sepanjang 18 kilometer yang bermula Oktober 2005 merentasi dari timur ke barat di sepanjang koridor Kuala Lumpur dan mempunyai tiga hubungan iaitu Hubungan Duta, Hubungan Ulu Klang dan Hubungan Karak.

Mohd Zin berkata, pihak konsesi Duke akan turut memperbesarkan jalan susur keluar itu mengikut piawaian antarabangsa bagi membolehkan kenderaan bergerak lancar.

“LLM akan memaklumkan perkara ini kepada pihak konsesi di mana kita tentukan jalan susur keluar melalui persimpangan itu akan dibesarkan sebanyak lima meter bagi membolehkan dua lorong di bina,” katanya.

Beliau berkata, kementerian juga meminta pihak konsesi menambah penghadang bunyi.

(BERITA HARIAN ONLINE 14 NOVEMBER 2008)

Ulasan saya mengenai artikel ini ialah pihak LLM sekarang cuba membuat yang terbaik terhadap bandar Kuala Lumpur.Mereka akan mencari jalan untuk membesarkan jalan sekaligus mengurangkan kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur itu..

Masalah yang wujud di dalam sebuah bandar..



Kami dapat melihat kesesakan didalam perkhimatan pengangkutan awam yang kami gunakan kekawasan soal selidik kami.Kesesakan ini menunjukkan orang ramai lebih suka menggunakan perkhidamatan awam sebagai pengangkuta mereka.Oleh hal yang demikian diharapkan,pihak berkenaan menyediakan lebih lagi perkhidamatan ini di bandar terutama bandar-bandar besar.Kami juga terpaksa berdiri didalam komuter ini dari UKM ke KL Central untuk menukar train Putra untuk ke KLCC.Walaupun agak penat,tp kami dapat merasai kehidupan sebenar di bandar besar seperti di Kuala Lumpur ini..

4.11.08

busy time..

sekarang minggu exam,ingat dapatla siapkan keje msk data dlm spss tp tidak...banyak perkarayang perlu study..hope member team saling bantu membantu la..kita banyak kerja lagi yang nak dibuat sebelum cuti sem..i hope kita akan selesaikan kerja kita secepat mungkin..amin..